Syarat-syarat Kelayakan Bagi Pemohon Rumah Kos Rendah Negeri Melaka
1. Warganegara Malaysia.
2. Pendapatan Seisi Rumah Tidak Melebihi RM2,500.00 Sebulan.
3. Tidak Pernah Memiliki Rumah.
4. Berkahwin (Jika Pemohon Bujang berumur 20 tahun ke atas)
Cara Permohonan Rumah Kos Rendah Negeri Melaka
1. Menggunakan Borang Permohonan Kos Rendah yang boleh didapati dengan PERCUMA di :-
- Kaunter Lembaga Perumahan Melaka, Aras 10, Menara MITC, Jalan Konvensyen, Ayer Keroh, Melaka ATAU;
- Kaunter Lembaga Perumahan Melaka, Bangunan UTC, Tingkat 5, Jalan Hang Tuah, Melaka
2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dilampirkan bersama dokumen-dokumen seperti yang berikut :-
- 1 Keping Gambar berukuran passport.
- 1 Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- 1 Salinan Kad Pengenalan Suami Atau Isteri.
- 1 Salinan Sijil Nikah Atau Surat Pendaftaran Perkahwinan (Jika
Berkenaan).
- 1 Salinan Sijil Cerai Atau Sijil Kematian (Jika Berkenaan).
- 1 Salinan Slip Gaji (TERKINI) Atau Surat Akuan Pendapatan (suami & isteri) – Disahkan benar oleh Majikan / JKKK
- Surat Sokongan YB ADUN Kawasan (Kawasan Yang Di Pohon)
Bayaran Proses Rumah Kos Rendah Negeri Melaka
1. Bayaran proses sebanyak RM5.00 akan dikenakan selepas borang permohonan di terima oleh pihak LPM.
No comments:
Post a Comment