Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan UEC dan SMA atau SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program seperti berikut:
| 1. | KETERANGAN PROGRAM | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2. | SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2.1 | Warganegara Malaysia. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2.2 | Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1995. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2.3 | Sihat tubuh badan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2.4 | Aktif dalam kegiatan kokurikulum. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2.5 | Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris dan Sejarah. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 3. | SYARAT TAMBAHAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 3.1 | Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 3.1.1 | Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle Level (UEC-SML). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 3.2 | Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 3.2.1 | Lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) mesti memiliki sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat SMA atau SMU. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4. | BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4.1 | Bahasa Cina Pendidikan Rendah bagi lulusan Unified Examination Certificate (UEC) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4.1.1 | Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon mesti mengikuti Kursus Khas dan LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| i. | Bahasa Melayu Komunikasi; | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ii. | Sejarah; dan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| iii. | Pendidikan Moral. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4.2 | Pendidikan Islam Pendidikan Rendah bagi lulusan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU). | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4.2.1 | Dalam tempoh Kursus Persediaan, calon mesti mengikuti Kursus Khas dan LULUS dalam tiga (3) mata pelajaran berikut: | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| i. | Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah; | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ii. | Sejarah; dan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| iii | Pendidikan Syariah Islamiah. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
CALON TIDAK LAYAK MEMOHON
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 1. | Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2. | Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 3. | Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4. | Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
CARA MEMOHON
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 1. | Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 17 Februari 2015. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 2. | Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 3. | Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 4. | Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 5. | Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 6. | Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 08 MAC 2015 (11:59 MALAM) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan : | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200 PERSIARAN APEC, CYBER 6,63000 CYBERJAYA (u.p: Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar) No. Telefon : 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
No comments:
Post a Comment